|
Ping Anchorage Home
|
Hotels & Resorts
Reservation
Perahu Tradisional Tarikan Pelancong Oleh RahanA Mohd. Dahari
Menurut Pengarah Urusannya, Alex Lee Yun Ping, perahu-perahu itu dihiasi dengan pelbagai bentuk ukiran kayu di bahagian kepala yang digelar koyan, berfungsi sebagai pengikat tali kemudi. "Kami tertarik dengan kreativiti yang ditampilkan oleh nelayan sendiri dengan lakaran keindahan corak awan larat di kulit perahu berdasarkan imaginasi sendiri dengan identiti tersendiri. ''Di Kampung Pantai Baru, Bachok pula dan corak perahu dipengaruhi zaman kerajaan Langkasuka, sebuah kerajaan silam di nusantara," ujarnya ketika membawa media ke destinasi pakej syarikatnya di sini semalam. Di samping itu, katanya, suasana kehidupan nelayan di penempatan pinggir pantai, keriuhan di jeti sewaktu kluar dan pulang membawa hasil, bagaikan satu pesta. Katanya, ditambah dengan keindahan pantai yang landai menghala ke laut dan ombak yang beralun lembut, menampilkan pemandangan yang jarang diperoleh di negara asal mereka.
Ping Anchorage Travel & Tours Sdn. Bhd.
other office : Kuala Lumpur | Penang | Kuantan | Kota Bharu COPYRIGHT © PING ANCHORAGE . ALL RIGHTS RESERVED |